Thursday, 15 November 2012

Untukmu Dahlia




Dahlia,
Tersinar dan mekar tika ku lewatimu
Titis-titis embun  meniti dedaunmu
Warna warni menghias bibir kelopakmu
Sinar mentari menyegarkan keharumanmu
Dahlia,
Kerana kau sekuntum bunga
Aku lukiskan kenangan wajahmu
Aku ukirkan kelembutan warnamu
Aku menikmati keabadianmu
Aku ciptakan puisi untukmu
Dahlia,
Jadilah dahlia yang berduri
Yang menyinar, payah didekati
Yang sentiasa mekar dengan mewangi
Yang dibajai benih-benih abadi
Sebagai bukti pohon yang suci

Terima kasih Dahlia
Kerana kita kerana kita berkongsi nama
 Diciptakan yang maha ESA
Sebagai anugerah yang termahal harganya
Menyinar dan mekar selama-lamanya….


2 comments: