Dahlia,
Tersinar dan
mekar tika ku lewatimu
Titis-titis
embun meniti dedaunmu
Warna warni
menghias bibir kelopakmu
Sinar mentari
menyegarkan keharumanmu
Dahlia,
Kerana kau
sekuntum bunga
Aku lukiskan
kenangan wajahmu
Aku ukirkan kelembutan
warnamu
Aku menikmati
keabadianmu
Aku ciptakan
puisi untukmu
Dahlia,
Jadilah dahlia
yang berduri
Yang menyinar,
payah didekati
Yang sentiasa
mekar dengan mewangi
Yang dibajai
benih-benih abadi
Sebagai bukti
pohon yang suci
Terima kasih
Dahlia
Kerana kita
kerana kita berkongsi nama
Diciptakan yang maha ESA
Sebagai anugerah
yang termahal harganya
Menyinar dan
mekar selama-lamanya….
puisi jer????lain2....hahaha
ReplyDeletecoming soon...
ReplyDelete