Monday, 17 December 2012

BBK 3408 ( Kesusasteraan Dalam Multimedia)

Assalamualaikum


Pertama sekali saya mengucapkan terima kasih kepada Prof Madya Dr Arbaie Sujud, Kak Wany dan Kak Intan kerana banyak memberi tunjuk ajar untuk kursus BBK 3408, Kesusasteraan dalam Multimedia.


Kursus ini amat bermakna kepada saya kerana telah mengajar banyak perkara yang berkaitan dengan IT. Seperti yang sedia maklum, IT amat berguna pada masa sekarang dalam membuat pelbagai perkara. Walaupun belajar perkara seperti menggunakan power point, movie maker dan adobe photoshop, membuat laman web dan blog, namun bagi saya hal ini elah banyak memberi peluang kepada saya untuk mendalami bidang IT ini dengan lebih jauh.


Akhir sekali, terima kasih kepada sesiapa yang pernah membantu saya dalam menghasilkan adobe photoshop, power point, movie maker dan mencipta laman web serta blog. Jasa kalian saya sanjung tinggi dan dikenang sampai ke mati. Saya berharap kursus BBK 3408, kesuasasteraan dalam Multimedia ini dapat diteruskan untuk melahirkan generasi sastera yang celik IT dan berpengalaman dalam memajukan sastera dalam bidang teknologi.

Sekian Terima Kasih :)



















Tuesday, 11 December 2012

Aku insan kekurangan



Aku hanya insan yang lemah,
Selalu lari dari masalah
Juga insan kekurangan
Banyak menangis dalam diam
Tabahkan hatiku Ya Allah
Dari menanggung hati yang gelisah
Berikanlah aku kekuatan
Untuk meneruskan sisa kehidupan
Sejuta kemaafan ku pohonkan
Untuk insan yang merasai kesilapan
Ketiadaanku mungkin saat bahagia
Untuk kalian yang berhati mulia
Benarlah kata pujangga
Teman kesusahan susah dicari
Teman gembira senang didapati


Monday, 26 November 2012

Selamat Ulang Tahun Sahabat




Sahabat,
Tiada apa yang mampu kuhadiahkan di hari lahirmu
Hanya bait-bait puisi ini yang mampu ku coretkan
Untuk pengingatmu menuju kedewasaan
Selamat ulang tahun kuucapkan
Walaupun tak semahal berlian
Walaupun tak seharum bunga mawar
Walaupun tak seindah rangkaian puisi
Hanya barisan kata sederhana yang merangkum semuanya
Dengan doa di setiap kata yang terucap
Semoga dirimu berbahagia ke akhir hayat
Selamat ulang tahun Sahabatku tersayang






Saturday, 24 November 2012

Titisan Air Mata



Saat aku menitiskan air mata
Bukan bererti aku menangis kerana cinta
Tapi air mata itu menitis ketika aku mulai melangkahkan kaki ini
Untuk pergi meninggalkanmu walaupun tidak untuk selamanya
Sampai jumpa lagi sayang
Aku akan selalu merindukanmu
Sampai bertemu di lain waktu
Berbahagialah dengan hidupmu...
Terima ksaih atas ketidakpercayaan itu!

Thursday, 15 November 2012

Untukmu Dahlia




Dahlia,
Tersinar dan mekar tika ku lewatimu
Titis-titis embun  meniti dedaunmu
Warna warni menghias bibir kelopakmu
Sinar mentari menyegarkan keharumanmu
Dahlia,
Kerana kau sekuntum bunga
Aku lukiskan kenangan wajahmu
Aku ukirkan kelembutan warnamu
Aku menikmati keabadianmu
Aku ciptakan puisi untukmu
Dahlia,
Jadilah dahlia yang berduri
Yang menyinar, payah didekati
Yang sentiasa mekar dengan mewangi
Yang dibajai benih-benih abadi
Sebagai bukti pohon yang suci

Terima kasih Dahlia
Kerana kita kerana kita berkongsi nama
 Diciptakan yang maha ESA
Sebagai anugerah yang termahal harganya
Menyinar dan mekar selama-lamanya….


Wednesday, 14 November 2012

Kerinduan Menjelma




Saat dingin malam tiba
Rindu itu datang menyapa
Membawa hatiku ke alam cinta
Mengingati dirimu nun jauh disana
Menunggu saat kita bersua

Disember tetap ku nanti
Meski hati tak pernah mengerti
Hebatnya rindu menggunung di hati
Kuatnya cinta tiada terganti
Menantimu wahai kekasih sejati

Aku rindukan senyumanmu
Aku rindukan bayanganmu
Aku rindukan kasihmu
Meski sabarku teruji menunggumu
Hati ini tetap padamu yang satu
Berdoa setiap waktu 
Agar jodoh kita bersatu.